Bella
ENTRY BIAS ABOUT TUMBLR TWITTER NEWER OLDER +FOLLOW
You Belong To Me - Part 1

Dong Woon dan Biela merupakan sahabat dari kecil lagi, sejak dari sekolah tadika mereka seperti adik-beradik. Biela tidak mempunyai kawan perempuan kerana penampilannya seakan lelaki. Bagi Dong Woon, Biela merupakan sahabat karibnya. Segala masalah akan diluahkan kepada Biela dan begitu juga Biela sehinggalah mereka melangkah ke alam remaja dan memasuki kolej sekali. 

Suatu hari, Dong WOon terpandang seorang gadis cantik bernama Batrisyia. Batrisyia seorang gadis yang popular kat kolej itu dan membuat jejaka di kolejnya tergila-gilakan dia, termasuklah Dong Woon. Bagi Dong Woon, Batrisyia bagaikan seorang puteri atau bidadari. Perwatakannya dengan Biela sangat berbeza pada pandangan Dong Woon. Perwatakan Batrisyia sangat lemah-lembut dan Biela pulak seorang yang lasak yang hanya memakai T-shirt dan snikers.

Satu hari, Dong Woon meminta Biela untuk memperkenalkan Dong Woon kepada Batirsyia kerana ayah Batrisyia merupakan rakan kepada ayah Biela. Pada mulanya, Biela merasakan hatinya berdebar-debar apabila dia melihat mereka bersama tetapi diabaikannya. Lama-kelamaan, Biela rasakan persahabatannya dengan Dong Woon seperti renggang dan merasakan sesuatu tak kena. Semasa Biela tengah makan di kafe, Biela didatangi Dong Woon. Dong Woon datang untuk meluahkan perasaannya dan juga meminta pandangan Biela.

''Biela, aku rasa aku telah jatuh hati pada Batrisyia masa saat aku bersamanya. Dia seorang yang lemah-lembut, cantik dan manja. Dia membuatkan aku atau lelaki lain mahu melindunginya daripada segala masalah. Biela, kau rasa dia terima tak isi hati aku kalau aku luahkannya?'' luah Dong Woon sambil tersenyum.
"Kenapa? Tak ada perempuan lain ke dalam kolej ini Setahu aku kau suka perempuan yang ada persamaan dengan kau. Apa-apa pun kau cuba dulu luahkan mungkin dia terima kau.''Jelas Biela dengan nada yang sikit tinggi.

Sewaktu Biela dan Dong Woon di perpustakaan, telefon Dong Woon telah berdering dan panggilan itu dari Batrisyia yang mengajaknya berjumpa. Keesokan harinya Biela berhasrat mengajak Dong Woon menonton perlawanan bola sepak di rumahnya tetapi ditolak oleh Dong Woon. Ini kerana dia mempunyai janji temu dengan Batrisyia untuk makan malam. Hal ini telah  membuatkan Biela sakit hati dan merasakkan dirinya diketepikan dan dilupakan oleh Dong Woon.

Pada suatu hari, Dong Woon dan Biela bergaduh gara-gara Batrisyia. Batrisyia datang berjumpa Biela untuk meluahakan perasaannya tetapi hal itu telah membuatkan Biela naik angin. ''Look, kau ingat aku ni tempat pengaduan ke? Mula-mula Dong Woon dan sekarang kau pulak. Aku hanya akan dengar luahan Dong Woon sahaja, kalau kau dah suka dia, kau bagi taulah pada dia sendiri. Kau buat aku nak muntah dengar luahan kau.'' Balas Biela dengan marah sambil bangun meninggalakan tempat itu dan Batrisyia yang terkejut. Dan hal itu telah membuat Dong Woon marah pada Biela.

''Biela, apa yang kau buat pada Batrisyia? Sampai dia menangis dan tak pedulikan aku!'' Soal Dong Woon dengan nada tinggi. ''Apa kau ingat aku ni kaunter pengaduan ke?! Kalau dia dah suka dekat kau kenapa tidak luahkan sendiri perasaan dia pada kau? Kenapa minta aku luahkan?!'' ''Diakan kawan aku jadi kawan kau juga kan. Dia juga boleh luahkan pendapat dia kat kau.''
''Kau tak kenal dia, sebenarnya dia nak mainkan kau, dia masih tak boleh tinggalkan bekas kekasih dia!''
''Kau sebenarnya cemburu kan? Sebabnya kau tak suka tengok aku dan dia bersamakan?!'' 
''Yes, aku mengaku aku cemburu sebabnya aku sayangkan kau dan rindukan saat kita bersama menonton perlawanan, menunggang kuda, berkhemah dan banyak lagi. Aku tak boleh tengok kau dengan Batrisyia. Aku menyukai kau, Dong Woon.''
''What?! Selama ini aku anggap kau kawan karib aku saha! Aku tak ada perasaan apapun pada kau. Kau tak macam Batrisyia. Batrisyia seorang yang lembut dan kau lasak macam tomboy! Tak mungkin aku akan sukakan kau.''
Pada saat itu, hati Biela terus hancur apabila perkataan yang selama ini tidak dihiraukan terkeluar dari mulut seorang lelaki yang disukainya dan membuatkan tamparan yang hebat padan Biela.  

Selepas kejadian itu, Biela tidak lagi hadir ke kolej itu. Ada yang menyatakan dia sudah bertukar ke kolej lain. Dan ini membuatkan Dong Woon berasa bersalah, resah dan bingung kerana dia telah kehilangan kawan. Segalanya telah dilakukan untuk menghubungi Bielae hingga dia pergi berjumpa pengetua kolej pagi itu.

Bersambung...

0 comment[s] | back to top